2 April 2019 - 15:09
Parti Erdogan Cabar Keputusan Pilihan Raya Istanbul

Keputusan pilihan raya datuk bandar di Istanbul masih diragui berikutan tindakan parti pemerintah yang mencabar keputusan awal tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Keputusan pilihan raya datuk bandar di Istanbul masih diragui berikutan tindakan parti pemerintah yang mencabar keputusan awal tersebut.

Keputusan awal sebelum ini menunjukkan bahawa parti pembangkang utama di negara itu mendahului Parti Keadilan dan Pembangunan pimpinan Presiden Erdogan di kawasan yang dinyatakan.

Pilihan raya tempatan yang diadakan di seluruh Turki pada hari Ahad menyaksikan perikatan Erdogan yang diketuai oleh Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), berjaya memperoleh lebih daripada 51 peratus undi di peringkat kebangsaan sekaligus memberikan alasaan kepada beliau untuk mengumumkan kemenangan secara keseluruhan.

Walaubagaimanapun, AKP menerima tamparan hebat kerana keputusan pilihan raya itu menunjukkan mereka telah kehilangan kuasa di Ankara, Izmir dan Istanbul yang merupakan pusat komersial Turki dan tempat asal Erdogan sendiri. -Press TV